JomShoppingUntukSihat

Sunday, 15 July 2012

7 sebab Kenapa Anda Selalu Letih, tidak bermaya, cepat mengantuk & cara mengatasinya


7 Sebab Kenapa Anda Selalu Letih, tidak bermaya, cepat mengantuk & cara mengatasi nya



Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba sel ami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu. Sebab 

1: Kekurangan darah  
---------------------------------  
 Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan 
mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya. Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang. Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor. Sebab ke 

2 : Kekurangan Hormon Tiroid  
----------------------------------------- 

 Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula. Sebab ke 

3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI) 
--
 ---------------------------------------------   Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung. UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks. Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.Sebab ke 

4: Terlebih caffeine  
------------------------- 
  Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan. Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine. Sebab ke 

5: Alahan makanan.  
--------------------------- 
 Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda. Sebab ke 

6: Sleep Apnea 
  ------------------- 
  Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur? ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur. Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok. Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.Sebab No 

7: Lemah Jantung  
------------------------  

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
 Sumber : AlamHamil 

 Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu & tak bermaya ni ialah dengan menjaga pemakanan yang sihat. Namun, disebabkan gaya hidup sibuk pada zaman sekarang menyebabkan anda tidak sempat untuk melakukan senaman secara konsisten & pemakanan pun tidak terjaga. Jesteru itu, pengambilan supplement secara berterusan adalah pilihan yang tepat utk tampil sihat sepanjang masa.

Untuk mengatasi masalah ini, Set Kesihatan optimun sangat membantu untuk tampil sihat. Apa yang ada dlm set ini ??






Jadi set optimum adalah yang paling sesuai. Set Optimum mengandungi  

-membantu untuk fokus
-membantu mengawal stress/tekanan
-memberi kecergasan dan tenaga
-mengelakkan kelesuan dan keletihan melampau
-membantu metabolisme jadi makanan akan dapat ditukar ke bentuk tenaga
-membantu kelancaran urat saraf


-menguatkan sistem imun
-anti oksida yang hebat untuk melawan radikal bebas supaya sel terpelihara
-memberi perlindungan pada sel badan
-membantu penyerapan zat besi
-membantu pembinaan kolegen

-mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan pada kadar yang sempurna
-mampu memenuhi kekurangan nutrien dalam menu harian
-memelihara sel badan
-membantu penyerapan zat dari makanan harian

Ini adalah vitamin-vitamin asas yang perlu diambil jika anda mementingkan kesihatan namun mempunyai kekangan untuk mendapatkannya secara terus dari menu harian. Vitamin ini mudah didapati dari sayuran namun mudah juga terhapus semasa penyediaan makanan. Jadi, pengambilan vitamin adalah jalan yang mudah dan bijak supaya badan dapat n* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

No comments:

Post a Comment