JomShoppingUntukSihat

Friday, 3 August 2012

Status Halal Shaklee

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.





ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di  
http://myhalal.blogspot.com/2007/11/sebahagian-badan-islam-yang-di-iktiraf.html 
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM :) 
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan :) 
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!


credit to Mommy Lyna




Mari ikuti kaji selidik yang dilakukan oleh rakan saya Hanis Amin
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Baru-baru ni bila saya baca tulisan pada botol OmegaGuard, dan perasan ianya ditulis
Manufactured by : Banner Pharmacaps (Canada) Ltd., 5807 47th Ave, Olds, Alberta, T4H1S7,Canada.
Manufactured for : Shaklee Corporation, Pleasonton, CA 9588 USA

Lantas saya terus teringat, suatu ketika dulu timbul isu tentang Halal-Haram bovine gelatine Shaklee bila ada seorang sahabat menjumpai satu blog yg mengandungi surat ditulis kepada Shaklee Canada tentang kehalalan bovine gelatine Shaklee. Pada masa tu, saya terfikir ‘Kenapa la orang itu pergi jauh-jauh bertanya pada Shaklee Canda sedangkan dia boleh bertanya pada Shaklee Malaysia’. Bila nampak tulisan di atas terus terfikir, mungkin ini penyebabnya, kerana tulisan di botol Shaklee bahawa ianya dibuat di Kanada. Kandungan blog tersebut menyatakan, Shaklee Canada tidak menjamin bovine gelatinenya halal tanpa mengetahui penghasilan vitamin Shaklee bagi setiap negara adalah berbeza.

Ketika itu, saya benar-benar yakin dengan kehalalan Shaklee kerana salah seorang upline saya pernah pergi ke kilang Shaklee di US dan melihat sendiri cara penghasilannya. Tetapi bila menjumpai OmegaGuard dihasilkan di Kanada, terus saya tersentak. Saya periksa kembali semua produk Shaklee saya. Semua produk yang dari softgel seperti Lecithin, OmegaGuard dan Vitamin E dihasilkan dari Kanada. Manakala, produk yang lain dihasilkan dari US. Walau bagaimanapun, capsul dari bovine gelatine ini tidak dihasilkan oleh Shaklee Canada tetapi oleh Banner Pharmacaps (Canada) Ltd.

Lalu, saya pun terus mencari tentang syarikat Banner Pharmacaps. Rupanya ia adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical dan nutrition terbesar di dunia.Masih tidak berpuas hati, saya mencari lagi dan menjumpai no telefon Banner Pharmacaps Canada. Saya cuba telefon tetapi talian ditutup. Bila check waktu dunia, rupanya di Kanada jam menunjukkan pukul 6 pagi. Manalah ada customer service yang nak layan.

Pencarian diteruskan dan menemukan saya dengan Halal Consumer Magazine, A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America (IFANCA). Dan menemui hasil di bawah.







Alhamdulillah, Banner Pharmacaps, Canada disahkan halal oleh IFANCA. Saya tak pasti tentang cawangan Banner Pharmacaps yang lain, yang penting Banner Pharmacaps Canada yang menghasilkan Shaklee disahkan HALAL. Pencarian diteruskan dengan hasil di bawah








Apa pula kata Presiden Banner Pharmacaps US, Dr. Roger Gordon?
Manufacturers are also becoming more sensitive to consumer needs by providing a wider selection of capsule choices that meet specific dietary requirements. Due to the global nature of the marketplace it has become increasingly important to understand the special needs of consumers. For example, the Halal two-piece capsules made by Capsugel meet the specific dietary needs of its Muslim customers and the capsules are certified as Halal by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA). Further, capsules meeting Kosher needs are also available.
* source
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu dia hasil penyelidikan rakan saya. Sekarang saya lebih yakin bahawa yang produk Shaklee Malaysia adalah HALAL. Seperti saya nyatakan di atas, produk untuk setiap negara adalah berbeza. Mari lihat contoh-contoh produk Shaklee yang dipasarkan di beberapa negara. Kita lihat untuk soy lecithin.



                                  SHAKLEE CANADA 



SHAKLEE JAPAN  
SHAKLEE MALAYSIA



     Inilah bukti walaupun di bawah satu jenama SHAKLEE tapi produk yang dipasarkan berbeza mengikut negara itu.

Jika anda berkesempatan melawati laman web Shaklee bagi setiap Negara di atas, senarai produk yang dipasarkan juga berbeza. Tidak semua produk di US akan dipasarkan di Malaysia. Ini menunjukkan Shaklee hanya memastikan barang yang halal untuk pasaran Malaysia.

Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status produk Shaklee.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bg yang kekangan kewangan, dan ingin mendapatkan denga harga istimewa, contact ye:
Email; ciksu _yani@yahoo.com 
sms: 013-5019389

No comments:

Post a Comment